Saturday, November 3, 2012

Produk semasa mengandung

Assalamualaikum Anak2 tgh berbasikal kat laman umah.. nak amik masa sikit update blog. Nak share produk yg saya gunakan semasa pregnant anak ke 3 ni.

1. Brown Formulation Soap
Sabun ni 1st time beli.. produk dari Tanamera Postnatal Set. Kononnya hari tu asyik blogwalking set bersalin apa nak beli kali ni.. Ramai juga yg pilih set bersalin tanamera. Harga Rm360 untuk 1 set. Saya rasa saya xpakai kot serbuk2 yg kena bancuh semua tu.. so beli loose je. Sabun ni, lavender froral water ngan virgin coconut oil. Ketiga2 produk sy beli ni semua leh pakai time pregnant. Nnti set bersalin kita cerita bab lain sebab x decide lg.. Sabun ni harganya RM15. Saya beli 2 ketul. Best jugak sabun ni sbb dia mcm kasar skit ada biji2 So bila mandi tu leh sental kat mana2 bahagian yg kita nak. Bilas pun rasa bersih.

 2. Lavender Floral Water
Yg ni pun produk tanamera. Kegunaan utk hilangkan stress, mudah tidur.. Cara guna spray je kat bantal, selimut, muka.. mana2 pun boleh.. Harga RM36.

 3. Cold Press Virgin Coconut Oil
Juga produk tanamera. Harga sebotol RM36. Yang ni best guna.. sebelum ni masa anak pertama dan kedua saya pakai Bio Oil. Kegunaan utk kurangkan stretch mark.. saya apply satu badan sebab rasa lembab dia tahan lama. Bau dia cam minyak kelapa la.. hihi tp lembut skit la baunya. Dalam website dia kata bleh minum sbg seluruh.. saya minum kot. Lain2 produk yg terdapat dalam set bersalin tanamera leh rujuk sini Semua produk ni saya beli kat 1st Avenue, Penang. Sebab kalau beli online kena tambah pos RM12 jika pembelian kurang RM100. Kalau lebih RM100 pos adalah percuma.

4. Natural Stretch Oil
Yg ni beli sebab baca blog Dr Halina.. wife angkasawan negara kita :) Masa 1st pregnancy dulu tahun 2008 saya naik 24kg sepanjang 9 bulan mengandung. Mmg x dapat elak stretch mark.. So pakai la bio oil sampai la anak kedua. Rasanya yg ni x berapa berkesan kot ngan saya. Lepas dah sapu n kering.. mcm xde rasa apa pun.. Sebab tu saya try beli tanamera vco. Harga sebotol RM100 lebih xingat dah. Tp saya dapat murah RM90 termasuk poslaju. Beli online, kena rajin survey..

5. Virgin Coconut Oil
Yang ni saya makan sebelum pregnant lagi.. katanya utk elokkan kulit. Memandangkan saya nak hilangkan parut2 jerawat kat muka ni, saya cuba la.. Brand Catalyst. Katanya preggy mummy pun leh makan, xde masalah. So saya continue lah.. harga sebotol RM59.90. Dia dalam bentuk softgel. Ada 60 biji untuk sebulan. Sehari 2 biji.

6. Sangobion
Ni pil yg saya makan sepanjang mengandung anak ke 3. Masa buka buku merah kat KK, doktor tu yg rekomen. Ada 28 biji pil. Sehari 1 biji je. Harga RM16. Kandungan dalam dia sama mcm pil2 yg hospital bagi tu. Ada ferrous gluconate 250mg, manganese sulphate 0.2mg, copper sulphate 0.2mg, vitamin c 50mg, folic acid 1mg, Vit B12 7.5mg, sorbitol 25mg. So xpayah la makan 4 jenis pil yg hospital bagi tu. Just 1 pil je sehari. Saya ada bleeding history sebelum ni. Lah check entry sebelum ni k.

Dapatkan Set Berpantang Yang Halal dan Sesuai untuk ibu berpantang normal atau pembedahan.
Klik Sini >> http://bit.ly/BerpantangPenuhTenaga

1 comment:

Kira Sakura said...

saya dulu beli la set bersalin tue tapi sudahnya tak makan pun ubatnya. Fateh Uwais tatahan. saya pun tatahan. naik demam kami berdua