Assalamualaikum
Anak2 tgh berbasikal kat laman umah.. nak amik masa sikit update blog.
Nak share produk yg saya gunakan semasa pregnant anak ke 3 ni.
1. Brown Formulation Soap
Sabun ni 1st time beli.. produk dari Tanamera Postnatal Set.
Kononnya hari tu asyik blogwalking set bersalin apa nak beli kali ni..
Ramai juga yg pilih set bersalin tanamera. Harga Rm360 untuk 1 set.
Saya rasa saya xpakai kot serbuk2 yg kena bancuh semua tu.. so beli loose je.
Sabun ni, lavender froral water ngan virgin coconut oil.
Ketiga2 produk sy beli ni semua leh pakai time pregnant.
Nnti set bersalin kita cerita bab lain sebab x decide lg..
Sabun ni harganya RM15. Saya beli 2 ketul. Best jugak sabun ni sbb dia mcm kasar skit ada biji2
So bila mandi tu leh sental kat mana2 bahagian yg kita nak. Bilas pun rasa bersih.
2. Lavender Floral Water
Yg ni pun produk tanamera. Kegunaan utk hilangkan stress, mudah tidur..
Cara guna spray je kat bantal, selimut, muka.. mana2 pun boleh..
Harga RM36.
3. Cold Press Virgin Coconut Oil
Juga produk tanamera. Harga sebotol RM36.
Yang ni best guna.. sebelum ni masa anak pertama dan kedua saya pakai Bio Oil.
Kegunaan utk kurangkan stretch mark.. saya apply satu badan sebab rasa lembab dia tahan lama.
Bau dia cam minyak kelapa la.. hihi tp lembut skit la baunya. Dalam website dia kata bleh minum sbg seluruh.. saya minum kot.
Lain2 produk yg terdapat dalam set bersalin tanamera leh rujuk sini
Semua produk ni saya beli kat 1st Avenue, Penang.
Sebab kalau beli online kena tambah pos RM12 jika pembelian kurang RM100.
Kalau lebih RM100 pos adalah percuma.
4. Natural Stretch Oil
Yg ni beli sebab baca blog Dr Halina.. wife angkasawan negara kita :)
Masa 1st pregnancy dulu tahun 2008 saya naik 24kg sepanjang 9 bulan mengandung.
Mmg x dapat elak stretch mark.. So pakai la bio oil sampai la anak kedua.
Rasanya yg ni x berapa berkesan kot ngan saya. Lepas dah sapu n kering.. mcm xde rasa apa pun..
Sebab tu saya try beli tanamera vco.
Harga sebotol RM100 lebih xingat dah. Tp saya dapat murah RM90 termasuk poslaju.
Beli online, kena rajin survey..
5. Virgin Coconut Oil
Yang ni saya makan sebelum pregnant lagi.. katanya utk elokkan kulit.
Memandangkan saya nak hilangkan parut2 jerawat kat muka ni, saya cuba la..
Brand Catalyst. Katanya preggy mummy pun leh makan, xde masalah.
So saya continue lah.. harga sebotol RM59.90. Dia dalam bentuk softgel. Ada 60 biji untuk sebulan. Sehari 2 biji.
6. Sangobion
Ni pil yg saya makan sepanjang mengandung anak ke 3. Masa buka buku merah kat KK, doktor tu yg rekomen.
Ada 28 biji pil. Sehari 1 biji je. Harga RM16. Kandungan dalam dia sama mcm pil2 yg hospital bagi tu.
Ada ferrous gluconate 250mg, manganese sulphate 0.2mg, copper sulphate 0.2mg, vitamin c 50mg, folic acid 1mg,
Vit B12 7.5mg, sorbitol 25mg.
So xpayah la makan 4 jenis pil yg hospital bagi tu. Just 1 pil je sehari. Saya ada bleeding history sebelum ni. Lah check entry sebelum ni k.
Dapatkan Set Berpantang Yang Halal dan Sesuai untuk ibu berpantang normal atau pembedahan.
Klik Sini >> http://bit.ly/BerpantangPenuhTenaga
Saturday, November 3, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Kehamilan : Pendarahan & Keguguran
Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsi pengalaman mengandungkan anak ke 3.
Sekarang dah masuk minggu ke 20 kehamilan. Alhamdulillah mak dan baby sihat.
Saya mengalami pendarahan semasa minggu ke 11. Waktu itu selepas hari raya aidilfitri.
Ada 2 majlis perkahwinan besar yang saya kena join. Pertama kenduri adik ipar saya yang berlansung di rumah mertua saya..
Memang seronok buat persiapan kenduri ramai2.. Saya buat kerja ringan2 je sebab tgh pregnant. Semua berjalan dengan lancar.
Seminggu kemudian, kenduri kakak saya yang berlansung di kampung belah mak saya iaitu di Kuala Pilah. Jadi, kami satu family kena travel dari Perlis ke N.Sembilan.. Memang letih sangat tak cukup rehat tapi excited sebab nak jumpa sepupu2 yang dah lama tak jumpa. Kebetulan sehari selepas kenduri kakak, adik saya kena mendaftar masuk ke UKM. So saya, suami, anak2, family kak long menemani adik ke UKM. Mak abah tak dapat pergi sebab menghadiri majlis di rumah pihak pengantin lelaki di Shah Alam.
Di sinilah semuanya bermula...
Selesai pendaftaran adik di UKM, kami semua ke Giant untuk beli barangan keperluan adik dan bersarapan.
Saya order roti telur dan teh tarik. Masa tengah tunggu order sampai, rasa macam period. Dapat rasa darah keluar banyak sangat. Saya terus bagitau suami dan ke toilet. Memang banyak sangat darah masa tu.
Kak long yang tengah tunggu kat meja makan terus bungkus je sarapan yang kami order tadi. Kami semua bergegas ke Hospital Serdang. Sampai kat sana tak payah tunggu lama terus je masuk wad kecemasan dan diberi rawatan. Ambil tekanan darah, sesi interview skit pastu scan. Berehat jap kat katil yang disediakan. Lepas tu scan semula dengan doktor pakar. Katanya saya mengalami "Threaten Miscarriage" juga dikenali sebagai "Keguguran Terancam", "Ancaman Keguguran" atau "Threaten Abortion".
Masa doktor pakar scan baby saya, Alhamdulillah masih ada denyutan jantung baby. Dan doktor tgk keadaan rahim sama ada terbuka atau tertutup. Jika terbuka maknanya baby nak keluar.. maknanya keguguranlah. Tapi rahim saya tertutup jadi saya dibenarkan balik dan berehat sehingga darah berhenti. Tak boleh buat kerja berat. Pendek kata hanya perlu berehat sahaja.
Complete Bed Rest. Jadi kami ambil keputusan hantar adik ke UKM dan kami stay di rumah kak long. Postponed dulu agenda untuk balik ke Perlis.
Selepas sehari berehat, suami ambil keputusan untuk pulang ke Perlis. Jadi kami bertolak malam.. Anak2 pun senang nak control sebab diorang tidur je sepanjang perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai umah.. Sebulan jugak la saya rehat. Semua kerja2 rumah suami yang uruskan. Kemas rumah, basuh baju, siapkan anak2, memasak, iron baju. Semua kerja saya suami ambil alih..Terima kasih abang ♡♥
So pendarahan tu berhenti sendiri lepas sebulan berehat. Ada juga ke klinik swasta, doktor bagi ubat duphaston untuk kuatkan kandungan. Dia nasihat suh berehat je..
Jadi saya ringkaskan disini, kalau berlaku pendarahan semasa awal kehamilan, iaitu sebelum minggu ke 28, kemungkinan akan berlakunya keguguran. Semasa pendarahan berlaku, cepat2 baring sebab boleh selamatkan keadaan.
Thursday, October 25, 2012
Blogging as a new hobby
Assalamualaikum..
Ni dah kali ke berapa buat blog pun tak tahu lah.
Dah buat post baru pastu senyap.
Nak buat blog bukan susah, tp nak maintain update blog tu yang susah.
Last2 bersawang macam tu ja. Kali ni nak cuba konsisten update blog memandangkan dah ada smartphone hadiah dari suami tersayang. So bila2 pun boleh blogging, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)